Saturday 28 April 2012

5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG


1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA
Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna. Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.
2. REDHA
Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya. Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya.
3. INGAT JANJI ALLAH
Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan. Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri.
 

4. PASTI ADA HIKMAH
Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya. Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.
5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA
Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya. Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)
Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu. Amin


p/s : note ini saya copy dari someone blog.. semoga kita dapat berkongsi bersama

.::. Kemaafan .::.


“Maafkan, lupakan dan anggap tiada berlaku apa-apa”.
kemaafan gunanya untun mencuci hati. Hati yang bersih, senang untuk hadir motivasi.
Anda susah untuk bermotivasi dan susah untuk merasa gembira kerana hati Anda masih ada kekotoran-kekotoran halus yang selama ni Anda tidak sedari.
Kekotoran ini datang dari sikap negatif iaitu dendam, marah, geram.
Orang yang cepat marah dan suka marah adalah orang yang sukar untuk jadi bermotivasi.
Motivasinya ada, tapi sekejap saja.
Orang yang cool, yang pemaaf dan yang sentiasa bersangka baik, sentiasa merasa bermotivasi.
Sebab, hatinya bersih. Hati bersih senang untuk disinari nur.
Nur ini samalah dengan energi positif yang dijana dari emosi positif seperti bersemangat, ceria, rasa cinta dan rasa kekitaan.
Semua rasa ini senang terbina apabila hati Anda bersih.
Sebelum tidur, maafkan kesalahan-kesalahan yang orang lakukan pada Anda dari dulu sampai sekarang.
Bila bangun pada esok paginya, rasa lain macam. Rasa bersemangat!
Tiap kali Anda marahkan seseorang, setiap kali Anda marah pada sesuatu situasi, ucapkan istighfar.
Mohon ampun kepada Allah. Rasa memohon ampun dan rasa mahu meminta maaf dari Tuhan dapat mencuci rasa ego yang cuba menguasai Anda.
Anda susah untuk memberi maaf dan meminta maaf kerana ego Anda masih ada.
Buat penilaian semula pada isi hati Anda.
Bagaimana anda selama ini?
Sukarkah Anda untuk memaafkan seseorang?
Beratkah Anda untuk memaafkan kesalahan orang lain?
Jika YA, Anda sebenarnya berisiko untuk jadi orang tidak ada motivasi.
Jika TIDAK, syabas! Anda akan sentiasa bermotivasi.
Anda akan senang merasa gembira, bahagia, terhibur dan seronok menjalani hidup.

"REBUT 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat............... 
Yang paling kukuh keimanan ialah
berkawan kerana Allah,
bermusuhan kerana Allah,
bercinta kerana Allah,
dan membenci kerana Allah.

(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Sahabat-SahabatKu..
Jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,iringlah lenaku dgn alunan doa
Berjanjilah Sahabat-Sahabatku,
ukhwah kita utk selamanya..............


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Sekadar Renungan  Tiada Kaitan Samada Yang Masih Hidup Ataupun Yang Telah Mati.





Mari kita belajar dari SEMUT….



oleh : Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria
Renungan hari ini bersama pengajaran besar daripada ‘pengurusan’ yang ditunjukkan oleh semut. Ia nampak pelik dan ganjil bagaimana manusia yang Allah swt lebihkan mereka dalam pelbagai sudut tiba-tiba perlu juga belajar daripada semut yang daif.
Serangga yang dipanggil semut dianggap oleh manusia sebagai mengganggu lagi menyakitkan… kita kena belajar daripadanya ilmu yang tidak diperolehi daripada manusia!
Apakah tidak cukup lagi burung Belatuk untuk mengajar kita? Burung Belatuk sekurang-kurangnya burung yang memiliki keindahan tersendiri, saiz badan yang agak besar, bersuara merdu dan cantik dipandang…. Tetapi semut?
Sesungguhnya ia adalah semut, namun kebijaksanaannya mengurus dan bekerja mengandungi banyak hikmah, ia adalah semut di zaman Nabi Sulaiman alaihissalam yang dikehendaki Allah swt untuk mengajar kita.. Ya ! kebijaksanaannya terpancar daripada hikmat Nabi Sulaiman sendiri yang mengetahui bahasa-bahasa haiwan termasuk burung, serangga dan segala makhluk di zamannya.
Masakan tidak ya akhi! Allah swt telah menamakan satu surah yang sempurna dari surah-surah di dalam al-Quran yang mengandungi 93 ayat dengan namanya –Surah An-Naml-, cerita semut hanya terdapat dalam beberapa ayat dari surah ini.
Firman Allah Ta’ala di dalam Surah An-Naml ayat 17-19:
“Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari.” Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
Ayuh kita belajar dari semut walaupun dari beberapa ayat di dalam al-Quran. Saya berpendapat ia amat mustahak untuk diperhatikan.
Pertama: Tekun dalam pekerjaan
Tidak syak lagi bahawa kualiti kerja dan tekun dalam pekerjaan amat penting dalam pengurusan kini. Sehingga kita dapati semua perkara yang berkait dengan pengurusan mesti bergandingan dengannya ketekunan. Dan yang dikatakan kesempurnaan kualiti itu ialah seseorang itu melaksanakan kerja dalam sebuah tanzim (organisasi) semaksima mungkin tanpa sedikitpun berlaku kesilapan, berdasarkan etika kerja yang telah disepakati –sekalipun tidak tertulis- mengikat antara semua individu yang ada di dalam tanzim dalam lingkungan yang saling melengkapi satu sama lain. Kesilapan seorang atau sebahagian akan memberi kesan negatif kepada yang lain. Benarlah apa yang disabdakan Nabi saw tentang kaitan hubungan tersebut di antara para mukminin dengan ‘satu jasad’ dalam toleransi dan kasih sayang dan ‘seperti binaan yang menyokong antara satu sama lain’ di dalam kekuatan dan keutuhan.
Kesimpulan itqan secara umum (tekun dlm kerja) dalam mana-mana organisasi dari semua individu di mana-mana tempat sekalipun; ialah tunduk dan patuh kepada perintah Allah Ta’ala.
Iaitu apa yang kita pelajari dari kisah semut; ia menunaikan tugas yang menjadi kewajipan dengan cemerlang –darjat itqan- Ketekunan itu membawa kepada terlaksananya objektif. Semut berkenaan telah memberi amaran kepada kaum kerabatnya pada waktu yang sesuai dan akhirnya menyelamatkan mereka semua daripada bencana yang bakal menimpa.
Kedua: Sedar, prihatin dan iltizam (komitmen)
Ketiga-tiga perkara ini penting bagi menjayakan satu-satu tugas sebagaimana yang ditunjukkan oleh semut tersebut. Tanpa sifat di atas tidak mungkin sesuatu tugas dapat disempurnakan. Bahkan kelekaan sedetik boleh mengakibatkan kemusnahan menyeluruh kepada anggota tanzim. Justeru menjadi kemestian bagi setiap anggota tanzim tekun dan ihsan melaksanakan tugasan yang diamanahkan sehabis kemampuan dengan penuh sedar dan prihatin. Dia sebenarnya berada pada satu sudut penting dari semua sudut tanzim, jangan sampai bahaya datang melalui sudut di bawah jagaannya.
Kecuaian daripada seorang atau beberapa individu dalam tanzim tidak hanya akan memudharatkan mereka yang berkenaan sahaja, malah ia akan mendatangkan kemudharatan dan kerugian kepada semua yang berada dalam tanzim. Lihatlah apa yang berlaku dalam peperangan Uhud apabila beberapa individu para sahabat mengingkari arahan Rasulullah saw; ia merupakan bukti betapa pentingnya keprihatinan dan komitmen yang padu perlu wujud dalam bertanzim.
Ketiga: Semangat dan kehendak yang kuat
Kita perlu faham bahawa setiap perkara besar yang ingin dilaksanakan perlu kepada semangat dan kehendak yang kuat bagi menjayakannya. Musuh utama dalam diri manusia ialah lemahnya semangat dan kehendak.
Berkata penyair:
Keazaman datang mengikut kadar kuat azam seseorangKemuliaan datang mengikut kadar mulianya seseorangPerkara besar akan jadi kecil apabila orang itu jadikan ia kecilPerkara kecil akan jadi besar apabila orang itu jadikan ia besar
Dari sini kita tahu bahawa apa yang dilakukan oleh semut berkenaan sebenarnya didorong oleh keikhlasan, komitmen dan semangat yang tinggi. Kalau tidak pasti ia akan mendiamkan diri, malas dan menyerah sahaja kepada taqdir…
Keempat: Keazaman yang kental/utuh
Apabila semangat mendorong melakukan persediaan, meletakkan perancangan dan mengambil sebab-sebab yang akan membawa kejayaan, maka keazaman bermakna menetapkan hati untuk meneruskan apa yang dirancang tanpa ragu-ragu saat perlaksanaan tanpa menghiraukan apapun halangan.
Berkata penyair Al-Mutanabbi:
Bila engkau ada pendapat maka milikilah keazamanKerana rosaknya pendapat bila adanya keraguan
Jelas dari pendirian yang diambil oleh sang semut bahawa ia bukan hanya memiliki semangat yang tinggi untuk memenuhi faktor kejayaan, malah ia giat melaksanakan usaha mencapai matlamat tanpa menghiraukan apapun halangan sekalipun terpaksa menggadai nyawanya sendiri. Keazaman kental seumpama ini jarang terdapat pada manusia banyak maupun mereka yang terlibat langsung dengan pengurusan. Bayangkan jika sang semut teragak-agak dalam tindakannya atau lambat membuat keputusan, maka ia tidak akan dapat laksanakan tugasnya, seterusnya menyelamatkan kaum kerabatnya daripada bahaya yang pasti. Saya akan terangkan lebih terperinci dalam konteks pengorbanan nanti.
Kelima: Pengorbanan dan tiada kepentingan diri
Tiada kerja tanpa ketekunan dan jihad, tiada jihad tanpa pengorbanan. Setiap matlamat atau hadaf (objektif) tidak syak lagi perlu kepada jihad dan pengorbanan pada jalannya. Pengorbanan ialah sama ada dengan masa atau harta benda atau yang paling tinggi ialah dengan nyawa.
Pengorbanan tersebut perlu kepada intima’ (penggabungan) yang tinggi, bahkan kaitan antara semua objektif individu dan tanzim perlu sejajar sampai ke tahap ‘peleburan’…paling tinggi yang menjadi cita-cita setiap tanzim terhadap anggotanya.
Sang semut sebagai salah seekor dari kaumnya yang ditaklifkan untuk melaksanakan tugas tertentu –meninjau dan mengeluarkan amaran- telah menunjukkan pengorbanan yang dahsyat demi kaumnya. Ia telah bergegas mengerahkan tenaganya berdepan dengan Nabi Sulaiman dan bala tenteranya. Ia bernasib baik kerana kata-katanya itu didengari oleh Nabi Sulaiman. Sang semut tadi boleh –kalau ia mahu- selamatkan diri sendiri tanpa bersusah payah berusaha memberi amaran kepada yang lain, namun ia tidak hanya mementingkan dirinya sahaja…. Ia terus segera mendapatkan kaumnya menongkah arus laluan bala tentera, bersabung nyawa kerana boleh jadi ia akan terkorban sebelum sampai ke tempat kaumnya berkumpul. Alangkah hebatnya pengorbanan Sang semut ! Nyawanya menjadi taruhan dan tiada langsung kepentingan diri sendiri…. Dari sini kita dapat belajar berpandukan kebijaksanaan yang Allah kurniakan kepada Nabi Sulaiman. Bukan sekadar baginda memahami bahasa haiwan, bahkan kebijaksanaan dari tindak tanduk haiwan pun dapat dimengerti oleh baginda alaihissalam.
Keenam: Peraturan dan pembahagian kerja
Dari kisah Sang semut ini kita dapat memahami betapa berdisiplinnya ia. Bukan sekadar berdisiplin dan pandai mentadbir bahkan dapat merancang untuk masa depan. Kisah tersebut menggambarkan bahawa di sana ada peraturan dan pembahagian kerja atau tanggungjawab yang ditentukan terdahulu… seolah-olah Sang Semut berkenaan telah ditaklifkan untuk ‘berkawal’. Al-Quran menyebutkan ia sekadar Sang Semut biasa, membuat tinjauan untuk mengeluarkan amaran dan peringatan agar kecelakaan dapat dielakkan mengikut perkiraan masa yang mencukupi… Ia bukan ketua.. “Berkata Sang Semut”… Ia telah berjaya menjalankan tugasnya seperti semut-semut yang lain juga. Semua semut-semut yang ada pada hari itu menjalankan tugas masing-masing secara berimbang serta saling menyempurna antara satu sama lain dalam lingkungan disiplin menyeluruh yang amat indah sekali. Sang Semut secara kolektif dilihat mempunyai disiplin yang amat indah…
Ketujuh: Mengurus kecemasan
Ini pelajaran yang amat berguna. Bagaimana menguruskan kecemasan atau kecelakaan? Yang terpenting dalam asas mengurus kecelakaan ini ialah mengelakkan dari berlaku sejak awal lagi. Ia tidak mungkin dapat dilakukan melainkan melalui scenario andaian atau kebarangkalian berlaku kecelakaan; soalnya apa akan jadi bila berlaku sekian?? Dalam konteks kisah Sang Semut di atas, kecelakaan yang bakal berlaku ialah kedatangan bala tentera dalam skala besar menuju ke arah ‘negara semut’ tanpa disengajakan…lalu akan membinasakan keseluruhan ‘negara semut’ tadi. Justeru meminimakan kadar kecelakaan adalah dituntut; namun ia tetap merupakan kecelakaan juga. Oleh itu apa yang boleh dilakukan ialah berusaha sehabis kemampuan untuk mengurangkan kemalangan iaitu dengan mewujudkan stesyen-stesyen amaran awal dan siaran amaran kecemasan sebelum berlaku dalam tempoh waktu yang sesuai untuk membuat persediaan….
Dalam situasi yang berlaku kepada Sang Semut di atas, ia telah memberi amaran awal berdasarkan andaian akan berlakunya kecelakaan secara pasti… hingga nyawanya menjadi taruhan –seperti yang dikisah sebelum ini- Di sana ada andaian bahawa Nabi Sulaiman dan bala tenteranya kemungkinan akan merempuh ‘negara semut’ dan ada andaian lain bahawa mereka akan melencong ke laluan lain.. Semua itu kebarangkalian yang akan berlaku. Sang Semut tidak membuat andaian yang ketiga, contohnya ia kata: “Insya Allah semua baik-baik saja, jangan bimbang kita semua akan selamat… ” Akan tetapi ia memutuskan untuk memberi amaran awal sehingga bahaya yang bakal menimpa dapat dielakkan dan kecelakaan dapat diringankan sedapat mungkin.
Kelapan: Bersegera (tidak bertangguh)
Semangat untuk segera bertindak di sini jelas dilihat pada usaha menunaikan tugas tanpa berlengah. Sang Semut tidak menunggu-nunggu atau berserah bulat-bulat tanpa apa-apa usaha atau menunggu yang lain melakukan tugas tersebut. Tiada dalam fikirannya ‘kenapa semestinya saya yang lakukan’…’yang lain buat apa?’ Tetapi ia bangun menjalankan tugas tanpa disuruh sebagaimana kata-kata Thorfah ibnul Abd dalam mu’allaqahnya:
Apabila kaum itu berkata: Siapa pemuda itu? Aku menjawab ..saya yang bertanggungjawab dan saya tidak gentar dan tidak akan berundur…
Kesembilan: Perlaksanaan
Bersegera menjalankan tugas merupakan kemuncak kepada fikrah untuk membuat persediaan menunaikan tugas, maka perlaksanaan ialah perkara yang akan membawa kepada daerah penyempurnaan.Kedua-duanya ‘segera dan laksana’ adalah spirit pengurusan yang telah ditunjukkan oleh Sang Semut dalam kisah di atas….
Kesepuluh: Merasai tanggungjawab
Keseluruhan kisah yang disebutkan di atas tidak akan berlaku jika tidak ada perasaan tanggungjawab dalam jiwa Sang Semut tersebut. Boleh jadi ia hanyalah duduk pada tahap paling bawah dalam pyramid tanzim (hairaki tanzim), tetapi ia amat sensitive terhadap tanggungjawab seolah-olah ia orang nombor satu bertanggungjawab terhadap kaum kerabatnya. Perasaan tanggungjawab seperti inilah yang amat diperlukan oleh mana-mana organisasi atau tanzim. Dalam kisah ini terdapat sentuhan-sentuhan yang amat berguna.. Sang Semut telah mengajar kita dengan pengajaran yang maha hebat pada pandapat saya. Saya akan berhenti di sini kerana setakat ini kemampuan yang Allah swt anugerahkan kepada saya. Moga-moga di sana terdapat banyak lagi pengajaran yang boleh dikutip, mahukah kita mengambil iktibar? Apakah tidak sayugia kita bekerja seperti Sang Semut?! Tidakkah anda tahu sekarang….mengapa terdapat satu surah di dalam al-Quran dinamakan dengan Surah An-Naml?

Tuesday 24 April 2012

Mengelak Diri Dari Mengumpat

Kadangkala sedang asyik berbual tanpa disedari mereka melampaui
batas dan melakukan satu amalan mazmumah satu amalan ia itu
mengumpat.Sebenarnya mengumpat ini satu keinginan untuk 
menghancurkan seseorang, menodai harga diri, kemulian dan kehormatan
orang lain. Sedangkan orang itu tiada dihadapannya.Perbuatan ini
samalah menikam seseorang dari belakang atau berlawan dengan
seseorang yang tidak berdaya.
Keburukan mengumpat ini amat jelas sehingga Al-Quran menyamakan
perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri
yang meninggal dunia.
ALLAH berfirman yang bermaksud “janganlah sesetengah kamu
mengumpat sesetengah yang lain,adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudara yg mati (jika demikian keadaannya mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya”
*Surah Al-Jujurat Ayat 12.

Menurut Imam Al-Ghazali banyak sebab mendorong seseorang itu suka
mengumpat antaranya:
1- Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang,
maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu.Lebih teruk jika dicampur-
kan dengan hasat dan dengki.
2- Menjaga hati kawan yg mengumpat.Ketika seseorang kawan marah dan
mengumpat orang lain,orang yang mendengar itu turut serta menambahkan
cerita yg ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
3- Melepaskan diri apabila sesuatu kepincangan dlm mayarakat, lantas dia
mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada ber-
tanggung jawap terhadap kemungkaran itu.
4- Menunjukan kebaikan diri sendiri yg ingin membuktikan kebaikannya dia
memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
5- Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH,dia
berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain.Kadang2 dia mendakwa,
dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
6- Menghina orang.Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah
dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
7- Tujuan bergurau,bagi membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi
perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh
pendengar.
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Semuga kita sentiasa menjaga iman
dan rahmat ALLAH adalah hampir kepada mereka  yang sentiasa berserah diri
kepada ALLAH…..Amin.

Adakah Anda Seorang Yang Melatah?


Jangan fikirkan tabiat melatah ini hanya terjadi kepada orang tua sahaja. Orang muda juga ada yang melatah.
     Bila melatah, apa sahaja yang ditanya akan dijawab secara jujur kerana kata-kata yang dilahirkan itu di bawah kawalan Si Melatah. Alamatnya Si Melatah tak boleh nak menyimpan rahsia. Haaa... kalau nak tahu siapa sentuh pinggang dan terus tanya. Tanpa berfikir Si Melatah akan menyebut satu nama.
    Kalau nak tahu, pelakon baru yang cantik, Miera Leyana, 18, juga kuat melatah tu artis kita lagi la...hehehe.... Saya sendiri pun melatah jugak...tapi tak lah sampai meleret-leret.Saya kalau diusik oleh teman yang tahu akan tabiat melatah..penat gak.Kalau nak tahu....Mak saudara saya lagi la kuat melatah..sampai apa yang kita suruh dia akan buat.  Ada satu hari tue dia melatah sampai pengsan dan masuk hospital ......sampai tekanan darah tinggi naik....
 melatah sakan kucing tue..

  Tetapi kalau korang tahu mereka ada penyakit melatah jangan la di usik....
kesian tengok depa melatah...
kalau korang tak kesian usik jer..siti tak kesah..hehehe......

Saturday 21 April 2012

PENGORBANAN ISTERI

 HARGAI ISTERI ANDA

Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka……

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..

 Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..”offer” lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

“Wahai Tuhan…
ku tak layak ke syurgamu …
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
kamilah hamba yang mengharap belas darimu …

“Ya Allah…
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia”……

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): “Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!”

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
“Laa ilaaha illallah!” x 10

TERIMA KASIH AYAH


Ayah…
Terima kasih ayah…
Terima kasih kerana sayang pada anak mu ini,
Terima kasih kerana telah menjaga anak mu ini,
Terima kasih kerana tabah menahan karenah anak mu ini,
Terima kasih kerana memenuhi segala permintaan anak mu ini,
Walaupun di saat itu,
Ayah terpaksa mencari duit untuk memenuhi permintaan anak mu ini…


Ayah………….
Saat anak mu menangis,
Ayah datang memujuk diri ini..
Saat anak mu keseorangan,
Ayah datang menemani diri ini…
Saat anak mu kesepian,
Ayah datang memberi keceriaan ,
Saat anak mu kelaparan,
Ayah datang membawa makanan….
Ayah…
Kasih sayang mu tidak terkira,
Terlalu banyak pengorbanan untuk diri ini,
Terlalu banyak masa telah ayah beri untuk diri ini,
Terlalu banyak perhatian telah ayah beri,
Terlalu banyak ilmu dan pengajaran ayah beri…
Terima kasih ayah,
Terima kasih untuk semua tu…
Anak mu ini berjanji..
Suatu hari nanti…
Anak mu ini akan membalas balik jasa dan pengorbanan ayah..
Anak mu ini akan membawa  kejayaan untuk mu ayah,
Anak mu ini akan memberi kebanggaan untuk mu ayah…
Anak mu ini akan sentiasa ingat nama mu ayah..
Anak mu ini akan sentiasa ingat wajah mu ayah…
Terima kasih lagi sekali ayah…
Hanya terima kasih dan kejayaan saja yang anakmu ini mampu beri..
Terima kasih ayah…

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah‐celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak‐anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak‐anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba‐lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh‐sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung‐ burung di udara, ikan‐ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sekadar buat renungan teman2, sahabat2 yg telah @ bakal mendirikan rumah tangga..

Misteri & Keajaiban Alam

Apabila tangan kita terkena kuali yang sedang panas, Allah akan menjadikan kulit kita terasa sakit. Tujuannya bukan untuk menyakiti hambaNya, tetapi untuk memberitahu bahawa terdapat bahaya di kala itu.

Bayangkan jika Allah tidak menjadikan kulit kita terasa sakit ketika memegang kuali yang sedang panas itu, sebahagian tangan kita mungkin sedang masak dan hangus dipanggang haba panas kerana kita tidak menyedari bahawa kita sedang terkena haba panas yang boleh merosakkan jasad kita.

Dalam kesakitan, terdapat sesuatu yang positif dan hikmah Allah di sebaliknya. Dalam kesakitan kebiasanya kita akan teringatkan Allah dan berubah menjadi hamba yang mengaku lemah dengan berdoa kepadaNya agar diberikan segala kebaikan dan menjauhkan segala kepayahan.

Friday 20 April 2012

STRESS


Mental Yang Negatif  jadi Mari kita cuba mengekalkan tahap “kementalan akal dan fikiran kita yang sihat/ baik.  Antara caranya :
Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik.
Mengamalkan cara hidup sihat
Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
Berfikir dengan positif
Buat keputusan secara bijak
Cari kawan
Dengar suara hati sendiri
Belajar menangani kritikan dengan baik
Belajar menjadi diri sendiri / menyukai diri sendiri
Belajarlah berkata “TIDAK”
Rancang masa anda dengan baik
Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
Bina keluarga bahagia
Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
Be realistic – kenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri, fokus akan matlamat yang boleh dicapai dan belajarlah menerima apa yang tidak boleh diubah ( Qada & Qadar ).
Buat keputusan secara bijak – Fahami fakta² yang berkaitan , pertimbangkan kesan baik dan buruk .
Cari kawan – Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama dan hormati pandangan mereka dan bersabar.
Dengar suara hati – Suara hati/perasaan memberitahu apa yang sedang berlaku, apa yang kita perlukan, juga apa yang penting untuk diri sendiri. Kita boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun kita tetap ada perasaan . Tidak salah meluahkan perasaan, sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan.
Belajar menangani kritikan dengan baik – Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Kita tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri kita, kita boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut, kerana hanya kita sendiri yang lebih mengetahui tentang diri sendiri.
Belajar menjadi diri sendiri / menyukai diri sendiri – Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri sendiri, cakap hal² yang baik² tentang diri sendiri dan tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai kita.

Ketika Hati itu Runsing


Matahari dan bulan silih bergantian malam dan siang.
Selagi keduanya hadir dalam kehidupan, selagi itulah adanya hati yang pelbagai.
Ada manusia yang diberikan kepandaian akal, tetapi bahagian pengurusan hatinya tidak diberikan.
Ada yang pandai dalam mengawal hati, tetapi kurang dalam penggunaan akal.
Juga ada manusia yang bijak dalam mengendalikan kedua-duanya.
Bijak dan pandainya manusia dalam pelbagai bidang terkadang bab yang satu ini sangat kurang diperhatikan.
Dilihatnya berpakaian indah, berkendaraan mewah, tetapi setiap kali ditanya bagaimanakah keadaannya?
Tertekan, runsing, harta yang ada seperti tidak berguna.
Tiada bahagia.
Hati itu runsing jika jaraknya dengan sifat fitrahnya dijauhkan.
Hati itu tertekan tika jaraknya dengan Tuhannya tidak dipedulikan.
Maka , kembalilah kepada yang Menciptakan, pasti akan kembali tenang.
Allah itu Maha Pemberi, Maha Menyanyangi , Maha Mengasihi, ingatlah namanya sebutlah keagungannya, pasti hati akan kembali kepada keadaan asalnya.
Allah , Allah, Allah.

Adakah Anda Seorang Yang Ego?


Mari sama-sama kita kongsi agar memberi manfaat.

Sifat-sifat ego

~~~~~~~~~~~~~~~

1. Kalau diberi jawatan sama ada kecil atau besar, dia rasa terhibur,

senang hati dan bangga. Dia tidak rasa susah hati. Ini menandakan benih ego sudah berada dlm dirinya. Sebab itu org yg tiada sifat ego, dia takut utk menerima jawatan. Hendak ditolak tidak patut sebab sudah diberi amanah, tetapi dia menerimanya dgn penuh rasa takut dan bimbang.

2. Kalau tidak dilantik memegang jawatan, dia rasa tidak senang.


3. Kalau dia seorang pemimpin, dia selalu bersikap kasar bila memberi
arahan kpd pengikutnya.

4. Kalau dia seorang pengikut, payah utk taat atau patuh kpd pemimpin.
Sebaliknya dia bersikap degil. Kalau patuh pun krn segan2 dgn org atau takut dimarahi, seolah-olah kepatuhannya adalah dipaksa-paksa.

5. Mudah dan cepat utk marah.


6. Seseorang yg mempunyai sifat ego itu mudah tersinggung.


7. Dlm berkawan, dia suka memilih dari kalangan org bertaraf lebih rendah

darinya supaya ke mana2 pergi, org nampak dia, tidak nampak kawannya. Berat sekali baginya utk berkawan dgn org yg sama level dgnnya atau yg lebih darinya, takut2 nanti dlm pergaulan org akan memandang org lain dan tidak dia.

8. Payah utk menerima pandangan org lain. Lebih2 lagi bagi seseorang
pemimpin, sulit baginya menerima pandangan org bawahan.

9. Bila berada di dlm satu2 majlis perbincangan, sama ada perbincangan
rasmi atau tidak, dia tidak senang kalau org lain memberi pendapat. Dia saja yg hendak memberi pandangan.

10. Bila berada di dlm satu2 majlis, sewaktu org lain bercakap, dia

selalu saja memotong-motong cakap org.

11. Payah utk mendengar pandangan org lain malah dia suka pandangannya
saja yg didengari.

12. Kalau dia berjuang, dia lebih suka memperkenalkan dirinya

sendiri(sama ada secara langsung atau tidak langsung) drpd
memperkenalkan pemimpin dan jemaahnya.

13. Kalau dia menganggotai jemaah perjuangan, dia lebih berminat dan
lebih lincah bergaul dgn org di luar jemaah drpd sesama jemaah. Sebab dlm jemaah perjuangannya byk disiplinnya, takut2 terlanggar nanti org nampak kelemahannya.

14. Dia tidak senang kalau sesuatu kemajuan itu tercetus melalui org lain
walaupun org yg menganggotai jemaah perjuangan yg sama dgnnya. Dia mahu kemajuan itu tercetus dari tangannya sendiri.

15. Ketika bercakap, dia selalu sahaja bercakap dgn suara yg meninggi.
Kadang2 melenting suaranya tidak tentu pasal. Dia tidak tahan dicabar, pasti akan mencabar balik.

Demikianlah beberapa petanda sifat ego yg ada dlm diri seseorang.

Sebagaimana yg kita semua tahu, sifat ego ini adalah salah satu dari
sifat2 mazmumah yg amat dibenci oleh ALLAH. Mudah2an ALLAH sentiasa memberi kekuatan kpd kita utk membersihkan hati dari dihinggapi virus ego dan virus2 mazmumah yg lain.


Wallahu'alam. Wassalam.


<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: Dear pada 2001-11-15 03:41 ]</font>

Wednesday 18 April 2012

Do@ Seor@ng Ibu Untuk An@k

 

Doa Seorang Ibu Jauh Lebih Berharga daripada Hadiah Semahal Apapun


Bismillahirrohmanirrohim

Ya Allah ya Salam
Ketika Engkau menebar keselamatan pada hari ini,
maka dahulukanlah untuk anakku ini…
Ya Rahman Ya Rohiim
Jadikanlah ia dalam golongan orang yang selalu menerima rahmat kasih sayang-MU
Ya rozaaq ya Basith
Luaskan rizki dan barokah untuknya
Ya barii
Mudahkanlah hidupnya, sembuhkan segala penyakit dalam jasad dan ruhnya.
Ya Quddus
Jauhkan ia dari segala penyakit hati
Ya Rofii
muliakan dan tinggikan derajatnya
Ya Malikul mulki
Jagalah dia dalam kuasaMU
Ya Syakur
jadikanlah ia ahli bersyukur
Ya Ghoffar
Ampunilah ia sepanjang hidup di dunia dan akhiratnya
Ya Shobuur Ya Mu’iz
tambahkan kesabaran dan beningkanlah hatinya
Yaa Haadii
berikanlah petunjuk dalam ujian yang akan ditempuhnya sebentar lagi
Amin ya Robbal ‘alamin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...