Monday 25 March 2013

Ayat Motivasi dan Mutiara Kata





Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – 

Hukama


Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak 

mahu membuat sesuatu,anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab


Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan

berkembang jika ianya digunakan.


Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan 

bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan


Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab 

dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire


Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia

sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.


Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan

banyak hutang.


Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau

dipandangmanusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan

adab.


Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson


Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.


Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya 

sekali.


Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…


Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun 

hanya sekadar senyuman.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada

kekayaan jiwa.


Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.


Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya,

maka dia seperti pelakunya.


Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah

merancang untuk gagal.



Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam-diam

sahaja.


Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali

 imran : 159

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...