Begitu mudah anak mengabaikan ibu bapa mereka, walaupun sejak kecil mereka ditatang bagaikan minyak yang penuh, tetapi apabila dewasa tidak dapat melakukan kebaikan untuk orang tua sendiri, apatah pula jika ibu bapa berkenaan sudah meninggal dunia. Walau sehebat manapun ilmu kita, walau setinggi manapun kelulusan kita,walau siapa pun kita, apa guna tanpa restu ibu bapa kita . Jangan sesekali melupakan jasa mereka pada masa depan..kerana tanpa mereka tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan pada hari ini.
Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan , berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan perkataan "ah" sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan menyanggah seperti tersebut menunjukkan tanda ingkar atau membenci terhadap tindakan mereka.
Berikan pendapat kamu tentang pertanyaan di bawah agar kita dapat kongsi bersama.....supaya menjadi anak yang SOLEH @ SOLEHAH kelak...INSYAALLAH..
- Sanggupkah kamu sebagai anak melakukan begini terhadap ibu ayah yang berjasa , mengasuh, mendidik dan membimbing hingga menjadi manusia?
- Sanggupkah kita menjaga ibu bapa ketika sakit? Andai kata kita mempunyai 7 orang adik-beradik. seseungguhnya kamu tahu ibu bapa mampu jaga kita 7 orang anak walau apa keadaan sekalipun. Adakah kita mampu menjaga ibu bapa kita?
- Adakah kita mampu balas jasa ibu bapa kita?kamu pun tahu sejak dari dalam kandungan lagi ibu bapa menjaga kita.

No comments:
Post a Comment