Wednesday 18 April 2012

PERKARA YANG DISUKAI ALLAH..

Kita digalakkan membaca Quran dan memahami isikandungan serta menghayatinya (mengamalkan) iaitu buat apa yang disuruh/diperintah dan tinggal apa yang ditegah/dilarang oleh Allah swt. Isikandungan Quran meliputi ibadah dan akhlak, meliputi perkara ttg hubungan kita dengan Allah swt dan hubungan kita sesama manusia. Berikut senarai antara perkara yang disuruh dan ditegah yg dapat saya kumpulkan – sila tambah jika ada lagi
YANG DISURUH/DISUKAI ALLAH swt: (tidak mengikut urutan keutamaan)
-Tidak meninggalkan solat fardhu
-Melakukan solat2 sunat (terutama sunat rawatib yg mengiringi solat fardhu; yg amat dituntut iaitu sebelum subuh, sebelum dan selepas Zohor, selepas Magrib fsn selepas Isya` dan solat witir dan tahjud).
-Memelihara solat & khusyu` dalam solat
-Sentiasa berdoa terutama utk ibubapa w/pun mereka masih hidup dan orang mukmin
-Tafakkur, Berfikir dan muhasabah diri
-Tunaikan zakat, Bersedekah, membelanjakan harta di jalan yang dituntut.
-Menunaikan haji (mereka yang telah mampu, segerakan, jangan tangguh!)
-Menjaga kerhormatan diri
-Menjaga amanah & janji
-Tawadhuk/Merendah diri
-Bercakap benar
-Sabar
-Memberi salam kpd orang islam (w/pun tak kenal)
-Berzikir/ingatkan Allah swt (`walazikrullahuakbar` – mengingati Allah swt adalah pekara yg besar)
-Berbuat baik kepada jiran, kaum keluarga dan org lain (erat silaturrahim, membantu, nasihat, ziarah )
-Mencari & mengamal dan menyampaikan ilmu.
-Redha dan berserah diri
-Solat berjemaah di Masjid (lelaki)
-Selalu membaca Quran
-Ikhlas dlam amalan/kerja yang dilakukan
-Sembelih Qurban/Aqiqah
-Makan makanan/miniman halal dan baik.
-Membuat aqiqah untuk anak.
-Menahan marah/Pemaaf
-Kasihkan Tuhan dan RasulNya
-Sentiasa bersyukur (tak kira semasa senang atau susah)
-Memperbanyakkan puasa sunat.
-Salawat atas nabi dan mengamalkan sunnahnya yg lain
-Bertaubat (istigfar) sekurang2nya 70/100 kali setiap hari.
-Baca BismilLah memulakan sebarang pekerjaan
-Berusaha dan Tawakkal

Sama-samalah kita (termasuk diri saya) sedaya upaya mengamalkannya (ciri-ciri taqwa).

p/s. dalam masa 24 jam sehari semalam, jam 4.30-5.30 pagi biasanya free utk diri kita (tidak diganggu oleh orang lain temasuk suami/isteri lagi, tiada tugas2/kerja, tiada mesyuarat). Gunalah waktu tersebut untuk munajat/merapat diri kepada ALLAH swt spt berzikir dan solat tahjud. InsyaAllah.

Kita tidak mahu sekadar elok/rajin membuat ibadah (hubungan dgn Allah swt) saja tapi hubungan sesama manusia/akhlak kita tidak baik. Di Hari Pembalasan, akhlak adalah berat timbangannya. Waalahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...