Tuesday 17 April 2012

TAK HABIS_HABIS DENGAN KESIBUKAN DUNIA

Kesibukan Dunia Yang Melelahkan…
Setiap saat..setiap detik.. setiap minit..setiap jam..setiap hari..
setiap minggu… setiap bulan… setiap tahun…
Kita sibuk…
Istilah sibuk tidak pernah lekang dari bibir kita..
Namun percaya atau tidak..
kita sering mengeluh tentang masa
masa terlalu mengejar kita..
jikalau kita pantas, ia tetap pantas..
Kekadang pula kita terbabas..
Masa telah meninggalkan kita jauh…
sekalipun bukan selalu..
tapi pernah sekali sekala….
Anak-anak kecil..pun sibuk.
Mama… nak susu..(nangis bila lambat siapkan…)
Mama… jom la balik, nanti tak sempat tengok ultraman..
Mama.. cepatlah beli buku.. cikgu nak tengok esok juga..
Mama… kerja sekolah banyak ma..
Wa..wa..wa (menangis dan merajuk)..kenapa mama/baba datang ambil lambat..
 Semua ini menambah kesibukan kita yang sedia sibuk….
dan banyak lagi……
Maha siswa/i
Terkejar-kejar dengan jadual kuliah..
Sibuk mencari bahan presentation..
Sibuk dengan aktiviti persatuan
Sibuk dengan kajian, eksperimen atau tesis
Sibuk membaca dan mengulangkaji
Sibuk berbincang dan mengambil hati lecturer @ tutor
Sibuk memikirkan peperiksaan yang makin hampir..
Sibuk fikir bahan kuliah yang tak lengkap..
Sibuk fikir perbelanjaan yang tidak mencukupi..
Dan banyak lagi…..
Sibuk si ibu/isteri
Sibuk sediakan kelengkapan suami dan anak2..
Sibuk sediakan makanan suami..dan anak2..
Sibuk melayani karenah anak bermain..
Sibuk melayani suami dengan penuh kemesraan dan kemanjaan..
Sibuk sediakan dan rapikan pakaian suami dan anak2..
Mencuci pakaian dan membersihkan rumah..
Sibuk mengajar anak belajar dan mengaji….
Sibuk menziarah ibubapa dan mertua serta ahli keluarga
Dan banyak lagi…..
Sibuknya si suami…
Sibuk mencari rezeki..
Sibuk membantu isteri…
Dan banyak lagi… (harap si suami boleh senaraikan sendiri…)

Sibuknya seorang pekerja seperti ana..dan antum (yang bekerja)
terkejar-kejar datang punch card di awal waktu..
sibuk fikir pakaian sesuai dan selesa
pastikan kenderaan ok  ke tempat kerja
lalulintas jalanraya yang memeningkan…
check kebersihan office dan peralatan teratur dan tersusun
jadual appointment dikemaskini..
tak cukup tangan menjawab panggilan telefon yang tidak putus-putus..
sibuk bermesyuarat sana-sini…..
sediakan bahan untuk ceramah atau presentation umum
menhadiri perhimpunan yang diwajipkan
menghubungi orang atasan mengikut prosedur
sediakan laporan berdasarkan keperluan
menjawap dan beri respon positif  jika dikomplen orang ramai
menepati waktu semasa operasi
Dan banyak lagi….
kesibukan bloggers
membina identity..
membaca..mengkaji..
menulis…
mengedit…
mengepos…
memberi respon kepada pelayar…
Dan banyak lagi…
Ya Allah kesibukan ini amat memenatkan…
Kesibukan ini… jika tiada iman dan keikhlasan….
 Inilah kesibukan yang sia-sia
Kesibukan ini… jika tiada redha dan sabar…
Inilah kesibukan yang tiada membawa apa-apa pahala
Kesibukan ini …Jika tiada kerana Allah,
Inilah kesibukan ini yang tidak mendatangkan rasa bahagia…..
Tapi ia.. akan menjadikan kita pelupa
Lupa pada nikmat-NYa…
Jauh kita dari Tuhan..
Bukan lagi Dia..tempat kita mengadu..
tapi manusia yang lemah dijadikan sekutu
sengsaralah jiwa… hilanglah ketenangan……menggununglah tekanan....
Wahai teman…
Selagi diri bernyawa..

kesibukan akan setia menduga

hingga ke hujung nyawa..

Titipkanlah dalam zikir harian mu…

Doa Penghulu Wanita di Syurga ini…

Mudah2an kesibukan yang dilalui terasa mudah dihujung jari….

Mudah2an jua segala kesibukan ini bisa menghiburkan hati yang keletihan…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...